Quantcast
Channel: Faraedys
Viewing all 204 articles
Browse latest View live

mengkursuskan diri .

$
0
0

Kursus Setiausaha Pejabat 2013
(Pengenalan kepada RINTAS aka ringkas dan pantas *kononn la kannn)
KSKB Ulu Kinta, Perak


x ramai pun yg pergi. menurut keputusan eksperimen yg aku buat, ramai yg x pergi mungkin sbb:
1. sabtu ahad adalah hari berehat kan. so sesiapa pun x ingin berkursus waktu2 mcm ni.
2. sblm ni kursus2 PA buat kat hotel2 seluruh Malaysia kan. tahun ni dgn tiba2 plk buat kat KSKB. biasa la kan. hahaha

yg pergi pun mungkin ada sebab dan tujuan yg tersendiri :
1. mmg ingin belajar penulisan RINTAS ni sbb masa amik diploma xde belajar RINTAS dan ingin belajar benda baru.
2. sbb kursus x cukup 7 hari. so kena la pergi utk cukupkan 7 hari 
3. x pernah pergi Perak. so, sesaje nak berjalan2 beli limau bali bebanyak. 

tp keseluruhan kursus ni sbnrnya sgt best sbb belajar benda baru. pemandangan yang cantik dikelilingi gunung ganang yang berkabus. ohhhh! 



apartment yang sangat wawawawiwiwiwi (maksudnya best). pemandangan yg cantik. kan best kalau pemandangan dr rumah aku pun mcm ni. apartment ni ada 6 bilik termasuk bilik kecil. 3 bilik air. 2 ruang tamu dan dapur. tp kitorg duduk 4 org je. tau mmg creepy habess! makanya, kitorg bercouple dlm 2 bilik shj walaupun dh ditetapkan satu bilik sorang. memang tak la aku nk duduk sorg! gile ke pe? miahaha

haa ni la yg 4 org tu. aku dgn ain, kak shira dgn kak linda. tp duduk 4 org mcm duduk 20 org. faham2 sendiri kan.



mula2 belajar 1 perkataan. alah kacang je!

kemudian hari karangan ni. drpd turbo jd kura2 miahaha

pape pun, ni yg paling penting. 2 kali kitorg dpt hadiah cokolat yummmy ni. first sbb dpt markah penuh. kali kedua sbb markah antara yg tertinggi. serius mesti sakit hati kan baca ayat bongkak aku ni. mmg sengaja. bahahaha. kitorng tu mksudnya aku dan ain. sila la benci. sila la benci.

















akhir sekali, terimalah dari kami.




yang penting aku dah ada 9 hari kursus! terima kasih BKP. miahaha.

assalamualaikum
;)









pengorbanan yang tidak terbalas.

$
0
0
Rindu masa kecik, rindu masa hingusan, rindu masa bujang, rindu segala-galanya.

sekolah

Ingat lagi, dari mula sekolah sampai dah habis sekolah menengah, setiap malam mesti ibu tanya, "esok nak sarapan ape?" kang masing2 berebut2 jawapan sarapan pilihan masing2. kadang2 sampai brgaduh. mmg pagi tu ibu masak jgk ikut pilihan anak-anaknya. contoh, aku dgn fikri aku suka roti sandwich telur. tp anis suka quaker oat. maka, dua-dua la ibu aku buat. setiap pagi tu jugak la bekalan dan air minum masing2 siap kt depan beg sekolah. tapi anak-anak yg x reti nk bersyukur ni tetap jugak la mintak ayah duit belanja. ayah pun bg duit belanja tanpa sebarang rungutan. 

sebelum naik kereta ke sekolah, mesti kitorg mcm ni kat ibu, " ibu, nak salam. cium? bye!" tp bila dengan ayah, "ayah, nak salam" pergi berlalu ke sekolah tanpa cium sbb malu la konon. hahaha.

pastu balik sekolah, makan tengahari, minum petang, makan malam dah tersedia. tp yg peliknya, walaupun makanan tersedia dan kerja aku mmg makan je tetapi tetap jgk kurus keding. tp sekarang, aku yg berhempas pulas memasak, aku plk yg badan menaik. heran heran!

tuisyen pagi petang ayah hantar semata2 nak anak die pandai. tp banyak2 tuisyen yg aku pergi, aku cuma suka tuisyen matematik dan matematik tambahan. aku paling x suka tuisyen subjek sains fizik kimia dan english. rasa mcm nk buat2 demam je tau tp apakan daya, duit kelas dah bayar, kena la pegi jgk. haha.cikgu selalu sindir aku, "hai ain, x kan kemana2 nk bwk kalkulator je? subjek sains yg lain xde guna kalkulator pun" maksudnya, aku punye suka dengan subjek math dan add math sampai pegi mana2 pun nk berkalkulator sedangkan subjek lain, aku lgsung x pandang. sbb cita2 aku kononnya nak jd cikgu matematik tp aku alpa yg nk masuk IPG subjek lain kena kredit jugak. kesudahannya, skrg setiausaha jgk la kerjaya aku. 

masa tengah study malam, aku ckp kat ibu, xde radio ke? sbb belajar malam2 selalu ngantuk, x lama lepas tu, radio dah ada kat meja belajar aku. time tu kan radio jela yg jd hiburan. tp x bersyukur jugak.  pastu, nak hp. nk msg kawan2 bincang soalan susah. x lama pastu, hp plk. hp pertama aku adalah panasonic yg kecik tu. itupun ibu punya sebenarnya tapi aku buat harta sendiri. ibu pun bagi je tanpa sebarang rungutan. hehe.

masa lepas dapat result SPM dan masa tu dpt tawaran poli, ayah bawak kedai hp belikan hp baru model motorola L7i yang time tu tgh hangat di pasaran. keseronokan x terhingga. tp itu pun ttp x bersyukur. nk plk hp lain bila dh bosan dgn hp tu. tp ayah x layan. padan muka! mcm ko hebat sgt kan. bila pikir balik, menyampah pun ada dengan perangai aku ni.

yang penting, semua kenangan manis.

politeknik

pertama kali masuk duduk asrama kat politeknik, mmg bermandi air mata jela aku satu sem. bayangkan 6 bulan aku melalak setiap malam nak tidur. payah betul aku nk hidup sorang2 time tu. setiap 2 minggu or 3 minggu ayah dtg port dickson amik aku blik btu pht.  setiap kali masa makan, ibu monitor. tp mcm biasa jawapan aku selalunya maggi. sampai ayah membebel suruh gtau kalau x cukup duit nak makan. duit nk makan mmg cukup tp kekadang masa nk makan terganggu, xde selera nak makan dan jawapannya mmg cnfirm maggi. sampai la sem 4. 

sem 4 aku duduk rumah sewa kat luar poli. masa ayah hantar kat rumah sewa tu, habis satu rumah tu ayah cek kunci pintu, pagar dan segala kemudahan kat rumah tu. ibu pulak mcm biasa la, mmg sentiasa berbungkus2 makanan, biskut utk anak die, mcm kat situ xde kedai. punya la bersusah payah x nak anak die kelaparan. bila cuti perayaan, tiket2 bas selalu mmg sold out. time tu la ayah ibu dtg amik. mengangkut la barang2 anaknye kesana sini. pastu balik ke port dickson semula naik bas. masa blik kg ada 2 beg. nk blik pd semula jd 3 beg. tambah 1 beg yg penuh makanan dr ibu. sem 4 jgk la baru aku start pandai berdikari. lmbt kan. haishhh.

begitu jugak dengan adik aku, anis. perkara yang sama jugak berulang. ibu bapa mana yg nak biarkan anak die susah. semua ibu bapa nk anak die senang. cuma kekadang kita je yg x bersyukur. 

kerja

habis poli, duduk rumah tanam anggur, mengadap myspace dan online memanjang time tu, 2-3 pagi baru tidur.. 5 bulan lepas tu, aku dipanggil utk lapor diri. ibu ayah jugak la yg berusaha menghantar anaknya pegi lapor diri walaupun time tu anis ada spm dan fikri pulak exam kelas khas agama. 3 hari 2 malam ayah tunggu kat putrajaya sampai la aku dpt rumah sewa. barulah ayah ibu senang hati balik rumah. bayangkan mcm mana dengan adik2 aku yg amik exam tu kat rumah. kesian diorg.

sepanjang aku berbujang di perantauan, mmg  x sah kalau xde  2- 3 call dr ibu ayah sehari tanya dah makan ke belum, tengah buat ape. anak sulong kan. untung. hehehe. ayah jugak la yang tanggung aku sebulan sebelum dapat gaji. 

sebulan lepas tu, berdikari menjalani hidup sendiri walaupun menghadapi rintangan dan dugaan. semua aku mengadu kat ibu. dengan siapa aku berkawan, berlawan semua mengadu.

tp sekarang dah bersuami dan beranak, barulah lega hati ibu ayah agaknya ada orang jaga dan lepas satu tanggngjawab. masa mula2 kawin, hari call ibu update isu semasa. hehe. tp sejak beranak, nk call ibu ayah pun jarang2. kadang 3-4 hari baru call. tp semua tanya pasal cucu jelaaaaaaaa.. . .


penutup

sampai sekarang kalau balik kampung, aku mmg xde ape nk dibawak. tp bila aku blik putrajaya, mcm2 yg ibu ayah bungkuskan utk aku bwk balik. sbb kalau tnya ibu ayah nk along bwk pape x? jawapannya, "xpayah la. ko dah la balik mlm. nnti jgn gerak lambat sangat la." ecececeh! ayat bukan main risau tp sebenarnya aku tau, ni mesti x sabar nk jumpa cucu kannnn. haha.






*********************************************************************************



tau x ape punca semua cerita ibu ayah terkeluar hari ni?

semuanya sebab :




nasi lemak yg pepagi buta aku sediakan sendiri.
semuanya sebab aku rindu nasi lemak ibu. waaaaaa!
*ada kaitan? muahahaha



Masalah yang xtau penyelesaiannya.

$
0
0


ni la sebabnya kenapa aku takut tinggalkan budak kecik ni sorang2 kat ruang tamu. senang je orang cakap, alaa kalau aku, aku biarkan je anak aku main sensorang. anak aku ok je. korang boleh la. tv lekat kat dinding. muahahaha.  kalau ada daddy die, mesti aku dah bising2 suruh daddy die tengokkan anak die. heiii bertuah betul anak aku ni. banyak2 tempat, meja tv tu jugak yg die nak panjat. Buatnya jatuh yv tu, kan menyesal x sudah.

ha, satu lagi! macam mana nak bagi budak kecik ni tgk tv jauh2? suka sgt tgk tv dekat2. pastu menangis kalau terkejut sbb kadang2 kan iklan keluar gambar hantu. puas dah tarik die ke sofa. dudukkan atas sofa. tp tetap jugak turun duduk depan tv mcm tu.

macam mana? macam mana? macam mana?





Hari stresss dan stresssss! Nasib baik ada ubat.

$
0
0


I is done MUET for today. and now i am waiting my husband and daughter for amik i at smk sungai manggis. I feel so bored and soooo very2 hungry and wanna mati. Wueekk!

Aduhhh cmne nak lulus muet ni, mcm tula aku jwb masa exam. Bahahaha. 

Paper 3 ok lg. boleh hentam sbb smua objektif. Aku tgk diorg buat sampai x cukup masa. Aku pulak siap terlebih setengah jam. Dan masa tu aku gunakan sebaik2nya utk tidur. Bukan ape. Malam tadi puteri cantik jelita beta bangun meragam 4 kali sebab perut kembung. Maka, beradulah beta didalan dewan peperiksaan yang bising nak mamp** dek kenderaan di luar yang lalu lalang.

Paper  4? ooh paper 4 mmg sgt ok, sbb mmg habis aku hentam ntah pape. Ntah ape aku mengarut. Xpela yang penting penuh 3 helai 5 muka. Tu kira ok la tu daripada kosong x berjawab. Tetiba aku teringat time sekolah aku tinggalkan essay bi x berjawab masa ujian sbb malas ye. MALAS. Siap kena panggil dgn cikgu pastu aku kena jawab jugak essay tu. Tapi itu dulu zaman sekolah . Kali ni aku kena jawab jugakk sbb kang kalau aku x jawab, xde org panggil aku suruh jawab lg. kih3

Paper1, listening. Hampehhh gua ckp lu. Nk tau sbb ape, aku adalah tempat yg kat belakang sekali. Dan sound radio mmg slow nak mati. Aku dengan beberapa org lain siap angkat tangan ckp yang radio tu x kuat. Tp hampa diorg lata itu yg paling kuat! Ditambahkan lg dengan kenderaan yang lalu lalang kat luar, yg merempit pun ada. MAKCIK STRESSSSSSSSSS! Kesudahannya, malas nak citer.

Xpela inshaa-Allah kalau xde pape, tahun depan repeat lg. muahahaha.

Tapi terubat hati bile tgk si kecik mommy dengan pengasuh die berjalan2 kat KLIA. mommy is jelous! 





Husband kak ani yg rajin mengupdate dlm instagram beliau. Terima kasih bebanyak sbb skrg dah hilang STRESSSSSS! Haha. 






weekend selalu buat apa?

$
0
0


weekend selalu buat apa? weekend selalu buat apa? weekend selalu buat apa? hmmmm. kalau nak diikutkan selalunya balik kampung jika sabtu tu Daddy coti. tapi kalau sabtu Daddy koje, memang x balik kampung mana-mana la sbb katanya buang masa balik kampung satu malam je tido kampung. lebih kurang gitu la. seperti biasa, bila tau Daddynye bekerja sabtu, Mommynya dengan ligat kepala otak fiir mana nak bawak anak dara Mommy yang ketot ni pegi berjalan-jalan. dan yang selalu menang dalam kepala otak mesti Zoo sebab budak ketot ni suka tengok binatang especially harimau. dia punya excited tu lain macam. 

Ye Damia membesar dekat zoo sbb dari kecik lagi mommy daddy die selalu bawak die pegi zoo. zoo zoo zoo x habis2 modal nak bawak anak jalan-jalan. lepas ni, dah stop la dulu zoo tu. nanti dah besar sikit pegi balik zoo. eh, zoo lagi!

dah isi perut budak ketot ni nasi lemak awal2 kat rumah. xde la kang tercari-cari nak bagi budak ketot ni nak makan ape. 

atuk ni, makan nasi lemak ke tak, nafsu makan tetap besar. tapi bini die lagi 2 kli ganda.  hish3.

yang anak atok nenek ni x habis2 makan mee. licin plak tu mee tu. siap bertambah lagi. pastu pencuci mulut nak oren yang bapak masam tu.

ni aku x tau la kenapa makcik ni happy sangat. bayangkan kat kedai kasut tu mainkan lagu cina, tapi die kemain joget mcm gangnam style. gelak orang2 kedai tu. masalahnya, x malu pulak berjoget depan org?

Mommy : Datin, driver dah siap tunggu kat lobi.
Damia : Hmmm?

*tau x ni sebenarnya cerita tahun bila?. teng treng teng teng! ini cerita pada 24 November 2013.

setiausaha peribadi kami.

$
0
0

KRINGGGG! KRINGGGG! 
*sebelum deringan ketiga kena angkat call.



Selamat malam. Saya Cik Damia dari Faraedy Sdn Bhd di sini. Ada apa yang boleh saya bantu?




Oh sulit ye masalah encik tu. jangan risau, kami disini sedia membantu anda. sesebentar ye. boleh minta no kad pengenalan? saya semak dalam sistem dulu. 




ko pehal tetiba panggil aku? x nampak aku tengah becakap dengan customer?




ohh cakap la nak amik gambo. ok ready.






Random photos .

$
0
0

Mummy : Daddy~~~~! Damia kan. Dia kan. nak main lego Daddy.
Damia : Benci arrrr! semua nak mengadu. benci arrr!


Damia : You can see it. That's why I love KOREA soooooo much!
Daddy : Awak tu anak Negeri Sembilan.
Mummy : Campur Johor jugeeee!
Damia : Demmmmm. 
Daddy : WHATTT?!!
Mummy : Apa??!!
Daddy : eh hunny ni. ajar la Damia English.
Mummy : Biar lah. kang nanti besar die belajar la kat sekolah.
Daddy : Daripada kecik la nak ajar.
Mummy : Pastu dah sekolah nanti English je la power? BM hancuss? Kan masalah budak2 sekolah skrg pandai English tapi BM hancuss? x malu ke orang Melayu fail BM?
Daddy : alaaa nanti kat sekolah die belajar la kat sekolah. BM kan senang? English penting sbb sekarang orang ramai guna English. 
Mummy : B kata senang? Bla bla bla bla!
Daddy : Bla bla bla bla!

Damia : Bergaduh la pulakkkk. 


*Dialog di atas adalah rekaan semata-mata sekadar hiburan. Terima kasih.


Tempat terbaik damia boleh menyorok kalau takut tgk cerita. Sampai la mummy jadi gila mencari mana budak kecik ni.







Terima kasih. terima kasih!

$
0
0
cerita minggu lepas dan lepas yang dah lapuk pun boleh :)

pengasuh Damia start bercuti dari 27.11.2013 sampai 8.12.2013, kepala otak ligat pikir apa nak buat ni. lastly, Erra yang datang rumah 27hb sampai 29hb jaga budak kecik ni. siap2kan makanan sebelum pegi kerja untuk diorg makan. masak simple jela sebab memanjang lewat je bangun. kunci alarm kul 5.45 pagi. tapi bangun mesti kul 6.15 pagi jugak. x paham aku. Pape pun, terima kasih Erra sbb tlg jaga Damia si kenit ni :) . masalah selesai untuk minggu pertama. Alhamdulillah ♥

Minggu kedua mummy daddy post Damia ke Yong Peng plk. asal telefon ibu je msti main, makan, tido. Tapi paling kerap damia  buat adalah MAKAN. makan makan makan. Bagus2 sbb kat sana mungkin ramai geng makan. bila ramai geng makan, ibu pun seronok la mem'baking'.

 Mummy daddy pulak konon membusykan diri. memula duduk rumah, pastu esoknya bosan, g karaoke. esoknya bosan, tengok wayang pulak. Hahahaha. Kesian Damia. takpe. nanti Damia dah besar mummy bawak Damia tengok kartun ea. Damia suka kartun kan? kan ? kan? * ayat bukan main pujuk lg.



Ni gambar2 yang tok ibu die upload dlm fb. kemain MAKAN je die buat. pastu bile mommy datang amik, kemain semangat lg perut budak kecik ni. sedap gigit2. Terima kasih ibu sbb tlg jaga Damia si muncit ni. Alhamdulillah :)


**Dan akibat aku post Damia seminggu kat Yong Peng, Damia sekarang x mau terlepas pandang mummy. Mummy pegi dapur  x sampai 2 minit dah menjerit mcm ape. Bayangkan kalau dia tengok upin ipin, tangan die genggam jari kelingking mummy buat syarat biar mummy ada je kat belakang dia.  Itu mummy x gemar sebab nak masak pun payah.  Sebab kalau sebelum ni, dia boleh je main sorang2 atau main dengan Daddy. Alhai Damiaaaaa! Tapi Damia sekarang suka pulak peluk2 mummy, cium2 mummy. Haaaaa! yang tu mummy suka sangat2. Daddy pun jadi pelik bin hairan dan menjelous memanjang. kih3.



anak cuba nasihat kena terima ye :)

$
0
0



Hari Jumaat lepas balik Yong Peng untuk amik budak kecik ni. Sebelum tu, sempat lagi belikan kelengkapan sekolah untuk kakak dan ili. kakak tahun depan dah form 4. Ili pulak year 4 ....... kot... ke year 5? omaiiii. teruk benar kakak ko x ingat umur adik2 sendiri. xpelaaa. lebih kurang la. 


















nak bagitau ni.


























saje nak bagitau.






























nak bagitau jugak.



















Pada suatu malam yang dingin....


















Sedang kami melayan cerita Ultraman Max (faveret Damia)..........




























Mummy :
Damai nak tau x? Mummy kan suka sangat kalau dapat matching baju  dengan Damia. dh mcm bebudak kan. Setiap kali beli baju Damia mesti mummy pikir  berpuluh2 kali ada tak baju yang sama color / sama design / lebih kurang dengan mummy. macam tu jugak bila Mummy cari baju Mummy. pastu kang mesti berjam2 dlm kedai tu. ahaha nampak beno menipunye. xde la. kira lama jugak la dlm kedai tu. Tapi kan kalau tengok baju Damia xde yg sama color / sama design dengan mummy kat kedai tu, selalunya Daddy akan tersenyum punye laa.  cuba teka sbb ape? 

Damia :
Sebab ape Mummy?

Mummy :
sbb peluang untuk Mummy beli  tipis dan pastu bg alasan, "xpe la.  xde yang berkenan. simpan jela duit"
pastu mata meliar tengok kedai baju baby lain. Camne ni?

Damia : 
Ya Allah! Mummy, itu nafsu namanya. itu KEHENDAK dan bukan KEPERLUAN Mummy!

Mummy :
Mummy tahu. Alaaa rasanya hampir semua ibu-ibu dalam dunia ni mcm ni. tapi . . . . . 

Damia : 
Sudahlah Mummy. Damia x kisah pun Damia pakai baju ape. yang penting selesa.

Mummy :
Hmmm. ok syg.



**************************************************************************




Mummy :
Damia sini jap.

Damia :
(ko call jap lg ea. mummy aku panggil ni *on call) 
haa mummy ape die?

Mummy :
Damia ingat tak hari tu kan kita pegi BP Mall. masa tengah menunngu,  ada leng chai tu kan tegur kita , "u punye baju seluar kasut sama la dengn itu baby."
pastu  gelojoh mummy terus jawab, "yeke? hehehe thanks"
nmpk x kegelojohan Mummy?

Damia :
ha'ah la Mummy. ada! ada! . Damia ada dengar. Itu la 
Lepas ni kan Mummy, kita try seluar yang ..... bla bla bla. baju yang ...... bla bla bla . . . ..... .. . . .

Mummy :
aikk? mana pegi nasihat awak tu?

Damia :
Eh?? hehehehe.





baju: peach, seluar: bunga2 cinta, kasut: merah.  cuma mummy xde bunga merah sekuntum kat baju  je. ahhhh! kira sama la tu. sape kata x sama, aku cili mulut tu! 







* haihhhh. bila la Damia nk besar pastu betul-betul berborak dengan mummy camni? mesti best kan. 

eh, jangan salah faham. post ni dah lama duduk dalam draft sebenarnya. dari masa hari sabtu lg. tapi hari ni baru teringat nak mengeposnya. harap maklum. 





misi memberatkan belog .

$
0
0



buka camera --------> selfie-------> niat di hati nak upload instagram -------> muka tetiba nampak gemuk, amik semula dari sisi atas pulak. 



2 hari budak berdua ni ikut aku ke ofis. tujuan sebenar adalah bawa achik pegi bank islam untuk bayarkan wang pendahuluan ke kemasukan kptm. tujuan sambilan pulak adalah tolong aku mengoyakkan kertas-kertas yang tidak berguna di dalam pejabat bos aku. Dan sekarang, bersih la sikit dari sebelum ni.


box ni mmg jd rumah kotak die.


Damia pakai headband. err pakai sendiri. err pastu, pastu. ha! pastu suruh mummy amik gambar tapi x pandang pulak. errrr pastu,..... dah xde pastu dah.


*mmg caption gambar stok malas sesangat. serius malas. yang penting misi utama adalah memberatkan beloggg.. bubui.






Kisah demam Damia.

$
0
0

Hari sabtu lepas merupakan hari pertunangan adik ipar, Eyai dengan Jihan. Jihan adalah sgt cantik. Sejuk mata makcik tgk. Auwwww. Bertuah Eyai. Selamat bertunang kalian.

Tengah sibuk2 majlis, macam biasa budak kecik ni terlampau aktif sana sini die main. Kejar kucing, kejar kawan die. Pastu lari sana sini. Sekali bila malam, demam pulakkkk. Mcm biasa la tua. Dengan air sejuk, bukak baju. Suhu turun tapi kang setengah jam kemudian, suhu naik balik. Sampai la esok paginya. Cepat2 bawak pegi klinik. Sekali doktor kata suhu badan Damia 39.5 . Cepat2 doktor bg ubat masuk punggung. Pastu balik umah, ok la sikit dah nak main2 semula. Tapi badan lmah lg.  

Damia penggemar ayam goreng kfc. Kebetulan angah balik bwk kfc. Die nmpk kfc terus excited tapi malangnya, semua dimuntah semula. Malam lepas maghrib kitorg gerak balik putrajaya. Dalam kereta suhu badan ok lagi. Tapi malam masa nak tido badan Damia mula panas semula. Sampai la esok paginye. Tuan air sejuk pastu mandikan pun x jalan. Laju2 bwk pegi klinik kesihatan peesint 3 plk. Suhu dah cecah 40.5 . Sebum tu kena amik darah. Masa amik darah tu mmg kesian tgk Damia. Memula cucuk tangan sebelah kiri. Pastu tekan2 darah tetap x kuar. Cucuk sblah kanan pulak. Kakak Damia ni pun mula terjerit2 menangis. Gila sakit kot amik darah. Pastu bile keputusan darah tu dah ada, doktor kata alhamdulillah xde denggi. Tapi jangkitan kuman tinggi dan se darah putih lebih. Risau sgt sambil bisik kat Damia, "Damia sama dengan mummy la." Kah3. 

Muka budak demamm. Masa demam muka Damia mesti nmpk baik jeee. Mcm ni la. Time ni kena cium berkali2 pun die x heran. Makcikkk suka sangat!


Bawah ni plk gambar Damia lepas balik dr Klinik Kesihatan. Alhamdulillah aktif semula. Dan sangat2 aktif ok. Kali ni dah payah nak cium di. Asik kena tolak muka je. Haihhhh. Sabar jelaaaa.

Cuba cari mana coolfever Damia?



Macam biasa, coolfever tu beralih dahi. Lagi la kena banyak bersabar.


Pastu malam tu die menangis dari kul 12.30 malam sampai 3 pagi. Xtau sebab apa. Aku syak lain tpi x berani nak kata. Hahahaha sbb masa die menangis tu die buka mata pandang keliling bilik tidur. Pastu kejap2 tunjuk sana sini. Pastu tutup muka dengan tangan. Kitorg memula bukak surah al-baqarah then tukar surah ruqyah. Tetap jugak menangis. Mmg lagi kuat menangis. Aku bacaayat kursi x jalan. Pastu siap google cara2 nak tangani anak menangis tengah malam. Aku tak sanggup nak baca punca2 nya sbb korang paham2 sudah la. Kang bertambah seram sejuk aku dibuatnya. Pastu aku baca surah alfatihah, surah 3 kul dan ayat kursi 5-6kali, sapu air surah ruqyah yang ayah ada bagi sebelum ni baru la reda Damia menangis. Tu pun Damia dah berhenti menangis baru ingat ada air surah ruqyah tu. Mmg dah berhenti menangis tapi mata tetap mncari sumthing. Pastu aku masukkan dalam buaian, mata tetap mencari tgk atas bawah kiri kanan. Pastu buat isyarat goyang2 tgn maksudnya dah xde. Barulah die nak tidur dengan nyenyak. Masalahnya, mak die plk yang x tido2 smpai la kul 5 pg baru nak terlelap. Cuak punye pasal. Keh3.

Mmg selalu pun mcm ni. Kadang2 kalau die main sorang2, tetiba nanti lari menangis mintak dukungpastu tunjuk tempat die main. Makcik ape lg buat bodoh jelaaaa. Buat bodoh tu sebab pengecut sebenarnya. Kih3. Pastu masa kitorg balik klinik hari isnin hari tu, masa nak masuk rumah, edy mcm undue balik tgk bawah pintu. Tanya kenapa? Die kata ada org lalu pegi bilik belakang. Aku jwb la nana atau angah dah balik kot. Barulah edy buka pintu nak masuk umah. Tapi bile masuk umah, hehehehe rumah xde org punnnnnn. Errr... Kitorg berpandangan dan buat x tau jela.

Rasanya ini bukan kali pertama, sebenarnya dah banyak kali mcm ni. Cuma kali ni mcm dah teruk sgt mnangis smpai terjerit2. Mungkin jugak kali ni campur die meracau2 sbb demam ke kan. Kesian Damia. Hari ni ingat nak bawak Damia pegi pusat rawatan islam. Mudah2an xde pape la.

Kesetiaan dan kejujuran .

$
0
0
Tetiba hari ni berkongsi pasal ni pulak :)



KEPERCAYAAN dan KEJUJURAN merupakan nadi utama dalam sesebuah perhubungan khususnya ikatan suami isteri. Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Namun begitu bukan mudah untuk membina kepercayaan dalam sebuah hubungan. Apatah lagi melahirkan kepercayaan kepada insan yang selama ini disayangi atas faktor luaran pasangan mahupun faktor kesangsian yang sentiasa memainkan peranan memburukkan keadaan.

Justeru, tidak hairanlah masih ada pasangan yang belum saling percaya-mempercayai meskipun sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Menurut Perunding Motivasi dan Keluarga terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, membina kepercayaan itu bukanlah bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan hati dan perasaan pasangan dan individu.

"Dalam usaha mewujudkan kesefahaman dan rasa percaya kepada pasangan, suami isteri seharusnya mengambil sikap bekerjasama dan bertolak-ansur ketika melayari hubungan rumah tangga.

Selain kasih sayang, tanggungjawab dan kewangan, rasa percaya dan jujur juga mempengaruhi dalam jalinan hubungan seksual antara suami isteri.

Bagaimanapun, tegas beliau, kepercayaan boleh dibina sekiranya seseorang itu menjadi individu yang boleh diramal kerana ikatan perkahwinan memerlukan individu yang telah 'dikenali' oleh pasangan.

"Sekiranya ingin melakukan 'kejutan' kepada pasangan misalnya, bukannya tidak boleh, tetapi ia perlu dilakukan dengan tenang dan konsisten.

"Ini kerana sikap yang konsisten banyak membantu dalam membina kepercayaan. Dalam apa jua situasi seharusnya anda perlu mempercayai kemampuan pasangan anda," jelasnya.

Bagaimanapun jelasnya, dalam membina kepercayaan kepada pasangan, apa pun haruslah bersikap jujur sepenuhnya.

"Berlakulah jujur dalam apa jua situasi kerana rahsia yang terpendam hanya akan membinasakan diri sendiri serta membinasakan hubungan yang terjalin antara anda dan pasangan,'' ujarnya.

Selain itu, sikap matang juga memainkan peranan yang penting dalam menjalinkan hubungan. Pasangan perlu mematangkan diri sebelum alam perkahwinan bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan timbul menjadi lebih besar.

"Sikap matang dalam menangani sebarang masalah, juga menunjukkan bahawa pasangan mempunyai kepercayaan terhadap diri pasangan masing-masing.

"Ini secara langsung akan membuatkan anda turut menaruh kepercayaan kepada pasangan anda,'' katanya.

Dalam membina kepercayaan, katanya, seharusnya pasangan tidak melakukan sesuatu yang yang boleh meragut kepercayaan pasangan, sebaliknya berterus-terang dan jujur kepada pasangan sekiranya ingin membuat sesuatu tindakan.

"Sekali anda melakukan kesalahan, pasti pasangan anda akan menaruh syak wasangka seandainya berlaku  lagi sesuatu di masa akan datang," jelasnya.



Hari terakhir, minggu terakhir, bulan terakhir bagi tahun 2013.

$
0
0

Alhamdulillah, selamat mengharungi tahun 2013 yang penuh suka dan duka. Macam yang dilalui sepanjang tahun ni dan alhamdulillah juga sbb berjaya menangani dengan baik insyaAllah. 

Damia alhamdulillah sihat membesar dengan baik. Semua dah pandai cuma bercakap tu bolehlah sikit2. ada yang mummy faham, ada yang bahasa german, korea, spanish dan mcm2 lgi. pandai anak aku cakap guna banyak bahasa. kahkahkah. ramai kata, eh lambat la anak ko cakap. pastu suruh itu la , ini la. haihhh. budak kecik nak paksa macam mana? kalau anak ko 5 bulan dah pandai cakap, alhamdulillah. mungkin ni ujian untuk aku pulak. takpe la slow-slow ok Damia. Mummy x paksa. tapi kalau sebut mata, mulut, tangan semua dia tahu. kalau kita bagi arahan mmg dia faham. it's ok. sekarang pun Damia makan alhamdulillah nak jugak makan dari sebelum ni. kadang2 tu biasa la nk tak nak makan sbb nak main. ape boleh buat. 




IKLAN SEKEJAP.






mari belajar bahasa Damia :




a) naknaknak - maksudnya die nak sumthing
b) mikmik - maksudnya suruh amik sumthing
c) pipipi - maksudnya dia suruh SILA KE TEPI! hahaha
d) mimimi - maksudnya mummy. hahaha
e) nanak (sambil geleng kepala) - maksudnya taknak
f) mamamamam - confirm la maksudnya makan. haha
g) eh (sambil tangan mendepa ke atas) - maksudnya NANTI LA!
h) eh eh eh (sambil tarik tangan orang) - maksudnya dia panggil orang tu cuma x reti cakap je.
i) oooooo (sambil mulut melopong) - maksudnya KAGUM SIOT!
j) yakyakyak (sambil jerit) - maksudnya x suka.

ada banyak lagi tapi tak teringat pulak semua. mungkin setengah orang mcm  ye ke? ada ke? ehh. ada sebenarnya cuma korang je tak perasan. aku kadang2 pun tak perasan tapi bila Damia selalu sebut, baru la perasan dan faham. 

yang terbaru, Damia suka pegang pensel tulis kat buku. setiap kali tu, mesti Damia tarikh tangan mummy suruh mummy pegang tangan die buat ABC. kadang-kadang baru sampai huruf "H", dia pulak nak tulis sendiri. tapi guna tulisan dia la. kang dengar la suara dia sebut "A" banyak2 kali, pastu "B" kadang-kadang je dengar. haha. pastu kalau sebut one two three, nanti dengar die sebut "teeeeee" je. kih3. kalau nampak gambar makanan kat buku die, mesti buat isyarat tangan kat mulut, "mamamamam". bila tunjuk cawan, buat gaya minum dengan cawan. macam2 la. cerita kat sini kang panjang berjela plk.  pasal Damia semua baik2. Aku bersyukur sangat kerana dikurniakan anak yang comel untuk dibesarkan dan dimanjakan. alhamdulillah .

Ada yang tanya ko taknak tambah lagi ke? kesian Damia main sorang2. jangan risau. mmg semua tu aku dah fikirkan dulu dari korang. tapi, rezeki tu mmg ada tapi kalau dah tertulis untuk kita belum ada lagi, maka belum ada lagi. aku cuma berusaha. mungkin juga ada hikmah disebalik semua kejadian ini. Sebenarnya dah dua kali aku mengandung selepas Damia . senang kata kalau ikutkan dah anak ketiga dah. hehe. tapi xde rezeki jugak. yang pertama keguguran masa kandungan 8 minggu, bulan 12 tahun 2012 . 2 minggu bleeding mcm period. dapat mc 2 minggu sampai pertengahan bulan Januari 2013. lepas kejadian tu, mmg berhati2 sbb taknak pisang berbuah 2 kali  . ceh3. masa ni mmg kena tahan wad sbb cuci. masa tu jugak la aku merasa mcm mana die kena bius, x boleh gerakkan badan, masuk tiub, tampal sana sini, duduk dengan orang2 yg kat ICU. serius menakutkan. ini yang pertama kali. Kalau yang kali kedua? sebenarnya baru lepas la ni. kali ni 6 minggu pulak. Akhirnya pisang yang aku kata taknak berbuah 2 kali tu akhirnya berbuah jugak. tapi kali ni rasanya dah kuar sendiri habis kot.  insyaAllah xde kena cuci tapi kena jugak la buat pemeriksaan lanjut mana tau ada yang tertinggal takut jangkitan kuman plk. biasa la bila dah jadi kali kedua ni, lepas ni kena la lagi berhati2. tak tau la sebab ape. rahim x kuat ke, angkat barang berat ke, atau pun makcik stressssssss. cukup la. x nak cerita panjang walaupun dah panjang sebenarnya. senang kata, kalau ada rezeki, ada la. 

Pasal kerja. awal tahun mmg la aku dapat bos yang kurang disukai ramai termasuk diri aku sendiri. sebab? orang yang kenal die mesti tau kot. nak buat macam mana. terima jelaa. pastu pertengahan tahun, dapat bos yang tersangat ok tapi, bersara pilihan pulak. haihhhh. sekejap je. dan sekarang ni bos aku cuti pra persaraan. aku amik kesempatan  mengemas dan mengoyak kertas dan folder yang dari tahun 2009 punye ok. bayangkan aku start duduk atas ni bulan 8 tahun 2012. berapa tahun punye aku kena koyakkan. sampai balik rumah tengah basuh pinggan tetiba tangan rasa pedih. rupa2nya tangan tercalar sana sini. adeiiiii. tapi tetiba kena ganti kak bibi. makcik tak kisah. yang penting surat kat tempat aku berjalan. dengar khabar angin bos baru aku perempuan dan daripada JPA. takpe la. terima dengan hati yang terbuka. tak kenal maka tak cinta. auww. Pape pun, pasal kerja pun alhamdulillah. Ok saje.

Tahun ni, kitorg bertiga dah ada anak. Maksudnya, aku, ain dan kak izan. Lepas ni masing2 berjimba dengan anak2 masing ye. Kalau dulu wechat mesti topik mengumpat, shoping2, hal2 perempuan tapi sekarang? Pasal stroller, anak tak tidur malam la, pasal perkembangan anak dan macam2 lagi. Yang penting pasal anak. Haha. Suwiitttt angatt! Kah3. Tak sangka masa sekejap je berlalu. Dulu2 masing2 jadi burung hantu balik rumah kul 5-6 pagi, bangun kul 2-3 petang. Waktu cuti la. Pergi sana sini berjalan2 tapi sekarang masing2  dah ada tanggungjawab sendiri. Kadang2 rasa rindu masa muda2 dulu tapi tak boleh nak ikut perasaan sendiri. Betul tak? Kena terima keadaan seadanya dan mematangkan diri itu adalah sangat penting. Semua tu automatik akan ada bila dah berkahwin dan beranak. Bb, pls matangkan diri anda yang feeling muda2 sgt tu ye. Haha! Deal. Kih3. Pape pun aku bersyukur sangat kerana diberi pinjam oleh Allah swt seorang suami yang sangat penyayang. Alhamdulillah.

Ok la tutup diari tahun 2013.

Harapan tahun baru ni kalau nak cerita memang sampai minggu depan pun x habis cerita. Ringkasannya, semoga tahun 2014 menjadi tahun yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Dan semoga apa yang diimpikan akan tercapai dan berbahagia bersama suami, anak yang comel dan keluarga2 tersayang insyaAllah.



Sorry tetiba gambar ni. Ni semua sebab aku terlalu suka sangat adik2 minion ni. Geram! Kan best kalau betul2 ada. Rasanya ayat ni dah berpuluh kali aku cakap kat suami aku. Miahahaha.





jangan main-main dengan perasaan anak. Padahnya?

$
0
0

Damia   : Daddy, mummy amik gambar kita la. tengok tengok!
Daddy : buat muka garang. buat muka garang.

Damia : hmmmm. pastu kang nanti mesti mummy update dlm belogg.
Daddy : hmmm.


Damia : Daddy, kita buat joyah pulak. macam ni. Daddy, macam ni (^O^)
Daddy : hmmm.


Damia : ahh siot la. aku dah agak. patut lee senyap!  leka sikit mesti Daddy tgk tv!
Daddy : hmmm.
Damia : Daddy!!

Daddy : ok2. jom2.
Damia : Daddy. camera tu Daddy, camera!

Daddy : meh la kita amik gambar naik poney sesame nak?
Damia : hehehehe.


Damia : waaaccchhha! iyyyaaahhh! ha sibuk lg dengan tv tu!

GEDEBUKKKK! (bunyi mesti real)

Daddy : ADOIIII!

Damia : MUAHAHAHAHA! 




*dialog hanya sekadar suka-suka. terima kasih.




Random photos.

$
0
0

Biasa la. bila dah xde idea nak menghupdate, tgn mula la tgk camera roll ipad ada tak gambar baru. walaupun gambar2 di bawah x berapa nak baru, tetap aku hudpate jugak. sbbbbbbbb makcik dah gatal tangan nak menaip kat keyboard sbb kebelakangan ni makcik rekod surat pun bertulis jd tetiba tangan merenyam nak menaip. eh. lain macam je bunyinya. haha.

Gambar pertama?


First time aku pegi kerja pakai seluar. biasa la kalau dah namanya first time, mmg jumpa cermin je, posing bajet mcm cantik sgt. Excited semacam. aku bukanlah penggemar baju kurung. mungkin orang2 ofis sendiri pun nampak kot aku suka hati nak pakai baju ape. walaupun aku tau x boleh pakai baju tu, tapi aku tetap jugak pakai. So, bila keluar je pekeliling baru iaitu :

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN  BILANGAN 9 TAHUN 2013 
 - PEMAKAIAN TWO/THREE - PIECE PANT SUIT BAGI PEGAWAI AWAM WANITA SEMASA BEKERJA

 aku dengan pantas pegi membelinya. eh xde la pantas sangat. belinya awal bulan 12 tahun lepas. tapi pakainya, tunggu kawan jugak. macam ni la kalau manusia yang tiada keyakinan diri. semua nak tunggu / ikut orang. makanya, selasa lepas baru aku pakai. tu pun segan2 nak jalan dlm ofis ni. haha.



malam tadi aku buli budak kecik ni suruh kemas mainan2 die. bersepah2! teddy bear dah macam ape aku tgk. macam nak buat jualan garaj pulak rasanya. sampai aku tak ingat setiap patung beli kat mana dan bila beli. tau la kalau si Damia ni kalau keluar, segala mak nenek patung die lambai. babai sana babai sini. mummynye pulak tak sampai hati, belikan jugak. pastu daddynye pulak jeling. kekadang daddynye beli, mummynye pulak yang jeling. sebenarnya, 2 X 5!


Gambar ni xde ape. cuma sebab dah lama selfie dengan Damia. takpe. Damia sekarang dah seoronok kalau ajak ber'selfie' ni. lagipun kalau selfie dengan Damia ni, automatik orang cuma nampak Damia je. kan?  aku? tenggelam-tenggelam je.cehh.so aku dah x heran dah  muka aku buruk ke ape.



motif gambar ni? izinkan aku gelak dulu. hahahahaha! ok sebenarnya dalam minggu ni boleh dikatakan setiap hari kitorg pegi alamanda untuk makan sahaja. sbb dah muak makanan kafe bawah, e2 dan anjung. pagi2 pun aku dah jaraang turun kafe sbb aku loya. dalam kul 12 nanti kang makcik tu call suruh tengok kereta boleh keluar ke tak. siap suruh amik gambo lg. kalau die kata, "beb kete aku boleh kuar!" maksudnya, selamat kaki tak berjalan. HAHA. 








Alhamdulillah. selesai juga.

$
0
0
Kenduri bacaan yasin di rumah kami  mmg dah lama planning nak buat tapi tak jadi. banyak kali dah bertangguh. akhirnya jumaat lepas buat jugak setelah hampir 3 tahun menduduki rumah tu.jemput pakcik makcik dan jiran2 dan kawan2 terdekat je. Papepun terima kasih kat ibu ayah, mak abah yang banyak membantu. hihi. walaupun buat kecik2 je tapi bermakna bagi kami sbb kami jarang2 buka rumah  mcm ni. kih3.. bukan ape. jujur makcik kata, makcik tak reti sgt nak layan tetamu. kena la bergantung harap kat orang2 yang lebih tua. kang takut orang kata aku sombong ke ape. sorry.. terima kasih la pada yg sudi datang kat rumah kami yang serba kekurangan ini. cehhhhh! dah mcm ape. 

tengok kat bawah makanan pun x banyak mana. ada yang ibu buat, ada yang mak bawak. datang je makcik2 sebelah suami, kemain banyak lagi kuih kat meja tu. tapi xde gambar. sbb tak terpikir nak bergambar punnnnnnnn.  alhamdulillah rezeki hari tu.




ha baju merah tu pengasuh Damia. sangat beruntung aku jumpa pengasuh mcm ni. caring dengan Damia mcm anak sendiri. alhamdulillah :)

makcik yeye dengan makcik izan tgh mentekedarah! laparrrr katanye.




Damia bangun tidur. pastu mengamuk sbb first time tgk umah die ramai orang. 





Esoknya pulak, suamiku ada dinner tema p. ramlee. dia lantik aku menjadi make-up retiss die. tu je la hasilnya. mana reti aku nak makeup2 org ni. haha. 




malam tu jugak aku bawak family aku berjalan2 area putrajaya je sbb penat semalam pun tak hilang lagi. alasan je tu. sebenarnya, makcik xtau jalan luar putrajaya. wakakaka.



itu shj entri kali ni. 
kengantukan mataku dah menguasai diri ni. so, sape2 nampak aku tertidur depan pc ni, tolong la sergah aku ye. tolong la.

terima kasih.




Keseronokan Damia keseronokan mummy daddy juga :)

$
0
0


hari Ahad lepas hantar ibu ayah kat tol Kajang, kitorang terus jd blurr xtau nak pegi mana. siap berhenti tepi jalan berfikir mana nak pergi. tapi nak jugak berjalan. last sekali pegi jela the mines dengan niat nak bawak Damia naik bot bg ikan makan. tapi bila sampai situ tetiba teringat ada kid's paradise kat sini.

inilah keseronokan Damia yang sebenar. selalu kitorg bawak die kat Jkids paradigm mall. seronok tengok Damia gelak2 main, khusyuk muka main pasir/batu tu. yang penting mak bapak pun berseronok sekali.




pastu kuar jap pegi naik bot dulu. kemudian makan.
nampak la muka excited Damia nampak fish. tak habis2 buat bunyi "shhhh. shhhh" mummy pun tak pasti sama ada die mmg nak sebut "fish" atau suruh mummy diam sebab memekak kat telinga dia "fish fish" x habis2. haha.




pastu sambung semula main.


masuk je kereta, budak kecik tu terus tidur. yang penting sampai je rumah, masing2 buka je baju seluar, berterabur semua pasir2/batu2 yang kitorang main kt kids paradise tu. pastu aku pun buat amukan. miahahaha.

Sekian.




berkumpul semula kami semua.

$
0
0
cerita malam semalam. dah lama sangat tak berkumpul berenam macam ni. bukan senang nak berkumpul camni. masing2 ada tanggungjawab masing2. bila berkumpul, dah macam pasar restoran tu di buatnya.  tak campur kena bahan pakai baju Manchester United lg. dah lah kitorang anak beranak berjersi  malam tu. sabar jela. takpela. nak buat macam mana.

Kini aku pasrah
Dengan segalanya
Kepedihan itu
Masih terasa
Apakah salahku
Apakah dosaku
Tuhan berilahku petunjukmu
Redha dengan kehendakmu.

Tetiba.

kitorang makan kat sofina. kat mana ye nak kata. ntahlah. haha. tak membantu langsung. tapi makanan sedap.





yang paling menarik perhatian aku adalah gelagat dua budak kecik ni. yang sorang muka garang tapi hati lembut. yang sorang lagi, muka malu2 konon perangai kakak-kakak. yang lagi sorang, adam malik tak tunjuk lagi perangai sebenarr. kita tunggu dan lihat. miehehe.


Damia suap adel. Adel pun nganga je makan. bagus jugak sbb Damia tekena tempias makan banyak malam tu. syabas anak!

gambar penutup mesti la mummy dan Damia.


bye2!





Video Call.

$
0
0


Lama sungguh tidak buka website www.blogger.com ini. Sebab semakin hari, semakin malas rasanya nak membuka website tersebut. Ini kerana semakin hari lemak-lemak semakin bermaharajalela di badanku. Motif? 



Video call.

Tajuk pada hari ini adalah video call ye. Aku sangat suka buat video call bila dengan Damia ada. sebab macam-macam reaction muka yang dia buat. termasuk la Daddy dia. eh motif lain adalah nak spotcek laki sendiri. boleh? kihkihkih.

Cuba bezakan reaction muka daddy dan anaknya bila video call.





see!

tiada beza.

dua-dua pun muka excited dan happy.


***************************************************************





kemudian,


cuba bezakan suami dan isteri bervideo call

SUAMI dan ISTERI ok.

perhatikan betul-betul.









cuba tengok muka laki?



si isteri je yang excited!

boleh bawak gaduh ni. 


errr. ape lg?

tu je la. sekian.





p/s : hanya sekadar gurauan dan suka2.  harap maklum.




Gathering officemate si suami.

$
0
0

Jumaat.

Mr SteakHouse, Shah Alam.

Gathering officemate si suami.

Saya dan anak ikut je punggung (bahasa sopan) si suami. 

15 orang semuanya tak termasuk diri ini. Jika termasuk diri ini, jumlahnya 16 orang ;P

Happy birthday ira yang ke ____ . Makcik tak tahu. sorry :)




Fakta : 
  1. Dengan berpandukan 'application' Waze yang semakin popular masa ini, si suami telah melalui jalan yang berlopak, berlubang-lubang, jalan yang sunyi, pedalaman mungkin, kawasan kilang semata-mata hanya mahu mengelak dari kesesakan lalu lintas. Secara tidak sengaja, si suami meneruskan pemanduan sambil diiringi dengan suara lunak merdu leteran si isteri. Alangkah terkejutnya  si suami apabila mengetahui  tiada kesesakan lalu lintas seperti yang diberitahu oleh rakannya. **nampak muka pasrah b tu. aku mampu gelak je. hahaha!
  2. Diri ini selalu salah pilih makanan. Diri ini selalu pilih makanan yang tidak sedap. Diri ini selalu membuat kesilapan seperti itu tidak kira di mana sahaja. Dengan itu, diri ini mest makanan orang lain untuk 'cover' perut yang lapar. **makcikk tensionnn!

Auta :

Tiada pernyataan auta buat masa ini. Terima kasih.




Bos besar suruh upload gambo. sebagai setiausaha yang berwibawa dan bertanggungjawab, kena upload jugak. 




Damia sangat pemalu masa ni.

mak monyet gendong anak cenggini la.






















last sekali,


walaupun gambar x lawa, tapi nak juga upload sbb nk tunjuk gaya kitorang sama. kihkihkih.





Viewing all 204 articles
Browse latest View live