Quantcast
Channel: Faraedys
Viewing all 204 articles
Browse latest View live

Kami adalah orang kampung......

$
0
0

Aku adalah orang kampung yg tidak punya apa2......

Rutin harian si suami meninggalkan isteri dan anak untuk mencari sesuap nasi.

Jatuh bangun semula. Itulah lumrah kehidupan. Sbg manusia, jgn putus asa dan teruskan perjuangan!

Err. yang ni xtau nk letak caption ape.

*layan la org tua ni melalut ntah pape.

Tahun ni kitorg dah start raya kampung. Boleh la feel raya lebih sikit. Boleh pasang pelita byk2. Boleh rasa org dtg marhaban setiap rumah (raya kedua). Dan...... Yg penting bolehmenjerit sesuka hati sbb kitorg adalah keluarga yg suka guna volume suara yg tinggi. Cehhh.

Alhamdulillah. Rumah ibu ayah 60-70% siap katanya. Dengan ini, kami sekeluarga skrg officially orang kampung! *aikk? Baru ko nk mengaku org kampung? Cettt.

Rabu pls!

$
0
0




Paksu - 9tahun
Damia - 1 tahun 4 bulan

Nasib la Paksu yg tahun 3 dah dapat anak buah. Alaa baru beza 8 tahun. Ok la tuu.

Damia suka sgt tgk paksu main game. Baik je duduk tgk paksu main game. Langsung x dikacaunya paksu tu. Tp kalau mommy yg main game, confirm kena jerit dgn Damia sbb dia yg naik main. Damia garang dgn mommy la.

Huuuuu. Mommy rindu Damia! Cepatlah dtg wahai hari Rabu! Rabu, pls....! *dah mcm org gila plk ko kn.

Berebut nama anak.

$
0
0

Orang lain yang sarat mengandung, org lain yg berebut nama anak. nasib kt dlm wechat, klu x mapuih kitorg bertumbuk. Kak Izan ntah dah pilih nama ke blm. kitorg berebut2, kejap lg, Kak Izan plk yang guna nama tu senyap2. kan dah dua2 putih mata. Aiyokkk! Kahkahkah.







P/s : bilo la nak menimang anak keduo ni. Kihkihkih.





Hujan di pipi hohoi!

$
0
0
Xpayah nak mengada2 sgt la makcik ain. Over sgt tau. Anak ko dah dijaga dgn baik dikira untung tau. *ayat sedapkan hati.

Kisahnya, mlm ni x jd balik kampung tgk Damia. Sobsobsob T_T sedih x hengat. Disebabkan hal yg x dpt dielakkan. Apa boleh buek. Eh, buat. Kawin org negeri sembilan, kawan negeri sembilan, hilang loghat jawa aku weyh. 

Hari ni nasib kurang menyebelahi suamiku sorg ni. Eh mmg la sorg. Kehkeh. Kul 6.45 ptg aku call suamiku tu. tiba2 terus angkat. ingat dah sampai. cepat2 tangan capai handbag. rupa2nya Suamiku cerita ntah cmno. Eh cmne. Boleh eksiden dgn teksi. Katanya teksi tu main masuk je. Suamiku tekan brek mengejut dan tergelincir. Hilang la separuh btg gigi ea. eh giginye. *jd la Mr Ompong. Tangan kaki tu mmg standard berbalut. 

First sampai rumah, hampir x kenal itukah suamiku? Dengan seluar kerja dikoyakkan ntah mcm apek mana, baju compang camping mcm minta sedekah. Lg2 bila die senyum. Err x kata pape. Muehehe. Tp dalam hati, Alhamdulillah, suamiku bisa senyum lg. *indon plok.

Nak buat pape pun mmg kena bantuan isterinya yg comel ni jgk la. Kahkah.sapo lg yg comel. Suamiku kawin soghang yo. Eh sorang je. Aku leee. *mata suamiku ke atas. 


Makanya, mlm ni aktiviti kitorg adalah :

Melepek 


Dan melepek.


*melepek = memalaskan diri (bahasa johor kot)

Apepun Damia, i miss you soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo much! Rindu tgk Damia main mainan kek sini. eh kat sini. Mommy tunggu la wan hantar Damia jumaat nanti yo. I feel like UUUWAAAAAAAAAAAA!! *menangis katanya.


Hari Raya 2013

$
0
0

Selamat Hari Raya.


Raya pertama

Hari Raya pertama mmg selalunya kt rumah sendiri dulu. lepas yang lelaki2 habis sembahyang raya terus ke kubur arwah atok dan seterusnya ke rumah makngah, atok busu dan seterusnya ke rumah atok di Johor Bahru. Apa kan daya raya tahun ni semua lari plan. So, lepas salam2 dan bergambar terus ke rumah atok di JB. 











Hari Raya Kedua

Kemas2 utk marhaban. Marhaban 34/35 buah rumah dan rumah kitorg giliran ptg. Lepas solat jumaat la kiranya. Tp aku xdpt tgk pun marhaban tu sbb cousin aku, Wawa ajak gi beraya rumah member sekolah rendah. Maka, ber'renion' la kami sambil nangis *tipu. Mmg seronok sbb dah lama x jumpa, mcm2 kenangan sekolah rendah keluar balik. 



Ni kejadian sebelum org dtg marhaban. Sibuk dgn gaya kungfu die tu.



Raya ketiga

Beraya ke rumah nenek2 saudara sebelah ibu. Mmg wajib pergi setiap tahun termasuk rumah nenek saudara sebelah ayah. Bukan ape. Memasing dah makin tua, kalau x pegi skrg, nanti x kenal sedara. Mmg awal2 kawin lg aku dah terangkan kt Bb, raya kt rumah aku mesti x lari 3 hari sbb ini la. X kisah la raya keberapa pun sbb kang dah xde nak balik raya berulang dlm bulan raya tu ke johor lg.












Dan last sekali, muka budak dengki mommy x bg duduk depan. Bajet isteri la tu nk duduk depan



































Pengalaman pengalaman.

$
0
0
Semalam adalah hari mommy bawak Damia ke ofis. Bunyi mcm comel jee. Namun pd hakikatnya . . .

Mommy terjerit2 panggil Damia Damia Damia sbb nak berjalan je kerjanya. Kang tiba2 hilang pastu nangis. Haishhh Damiaaaaaa!

Kul 7.15 dah sampai ofis. Gile awal ok. Aku wp2 dan sepatutnye masuk kerja kul 8. 

Tolak tarik tolak tarik stroller tu sambil bg die tgj cartoon pocoyo, kul8.15 lbih kurang baru tido. Kejap tu auntie ain yeye dtg nak melawat sambil bergosip2, kul 8.50 Damia bangun semula. Hmm layan laaa berjalan sanasini dlm ofis tu. 

Bila dah penat, duduk dlm stroller balik sambil mommy suap mkn. Bile bosaaaannnnnn, berjalan2 semula. Cari member nak bermain2 kononnya. 

Berlarutan sampai tengahari keluar mkn dgn Daddy. Kitorg habis mkn cepat dlm kul 1.15 lebih kurang. Masuk je dlm kereta, Daddy ajak pegi isi minyak dulu sementara nk tunggu kul 2 baru masuk. Dlm kereta, Damia tewas akhirnya. Elok lepas isi minyak, Daddy hantar kitorg ke ofis semula dan Daddy gerak ke klinik. Mmg Damia nyenyak tido. Org bising2 dlm lif pun x layan dah. Kiranya kul1lbih tu tido sampai kul 4ptg baru bangun. Sementara tunggu Daddy sampai amik Damia,

Nampak x benda tersembunyi? Khusyuk habesss.

Layan cartoon pocoyo lg. sampai Daddy amik Damia kul 4.30 dan mommy balik kul 5 mommy balik.

Kesimpulannya, mommy just dpt buat kerja masa Damia tido je. Yg bestnye, masa pg bukan main byk kerja tp time tu plk si Damia x reti senyap. Tp bile ptg Damia nyenyak tido, melopong mommy mengadap pc tu sbb bila kerja dah siap, x tau dah nk buat apeeee. Boss meetingggggggggg la.

Sgt kesian Damia sbb seharian bwk die pegi ofis. Kat rumah kul 10mlm dah tido. Sbb selalunye Damia kul 11 baru nk lentok2, manja2, gentel2 dgn mommy nak tido.









Damia again and again and again and again.

$
0
0


Damia dah tido dlm buaian sbb penat layan tetamu dtg rumah. layan makcik2 pakcik2, atok dan wan dtg rumah. Congratulation to nana for the convocation (yang penting mmg Damia berebut teddy bear besar dgn makcek) :D . seronok Damia org ramai dtg rumah. Mcm2 dia ajak main tp yg penting jgn masuk dlm rumah kecik dia. Cnfirm, merajuk! Senang kata, x boleh usik brg2 kepunyaan dia. Jgn pelik sbb mommy Daddy pun x boleh pegang barang dia. Kalau la kitorg jahat, dah lama kitorg jawab, "hoi brg2 tu mommy daddy yg beli tau!" Perghhh x boleh2. Dengan anak pun berkira. Xde kerja lain ke ape. Nasib baik anak. Muahahaha..

Kemudian...........

Malam2 cuci mata tgk gambar anak dara mommy. Rindu awak masa baby la Damiaaa . Membuatkan mommy rasa nak ada baby baru plk. Oppss! Hehe :)







Just nak share gambar2 gedik anak dara sorg ni. Suka melaram, suka tarik perhatian mommy dgn buat aksi mcm2 pastu bila mommy amik camera terus xnak buat aksi2 tu. bukan mommy sorg je kena, rasanya semua pun mcm tu jgk. Ni pun mommy kena buat2 online kt ipad, pastu senyap2 tangkap gambar Damiaaaa. 

Oh, baju tu mmg die suka sgt sbb biasa la ada gambar cat. First tnjuk baju tu mmg teruja habess.  Baju ni beli time kitorg iaitu mommy, daddy, nana, ain yeye and husband, kak izan and husband  berbuka kt dubu2 sunway. lepas makan, jalan2 dan tetiba abg apai kata kat F.O.S. time tu ada sale. Biasa la time nak raya. thanks abg apai sbb gtau. X sia2 beli. Muehehe. 







Iklan sebentar dr rumah pengasuh Damia.

$
0
0

Gambar Damia dr rumah pengasuh. Pg td menangis2 nak ikut mommy. Bukan main lg, mentang2 ada citer upinipin, kpop, pada zaman dahulu. Damia Damiaaa.



Ini semua dr instag anak kak ani (pengasuh Damia) . Thanks :) Bye comel. Balik nanti jumpe laa..






Birthday yg x berapa nak birthday.

$
0
0

Happy birthday to me.
Happy birthday to me .
Happy birthday to Ain. .
Happy bithday to me.  .   .

Eh sebenarnya birthday minggu depan. 

Kali ni balik kampung mmg sgt bermakna sbb kali ni , Edy yg ajak balik. Waaaaa! Kali ni jgk si angah tanya macam2.

"Long, Hari Malaysia ko balik x?"
Aku jawab, "xkot sbb dh blik minggu ni"

Dah lama sikit, tanya lg.

"Long ko suka coklat ke vanila?"
Aku jawab,"cokolat laaa"
*lbih kurang mcm tu la  yg die tanya"

Si achik kata nk g kuar jap ngn angah sbb nak pegi hantar borang ape ntah. Aku lupa. Aku suruh pegi ptg tu jugak sbb mlm kang aku kuar tinggalkan Damia jap nk g majlis akad nikah kawan edy. Tempatnya dekat je. Dah malam2 xnak la bwk Damia. ni pun pegi paksa rela je sbb Edy kata kang die mati kutu kat sana xde teman. Pastu aku paksa jgk diorg g ptg tp xmo jgk sbb aku pikir nanti  xde org nk main dgn Damia. Tp diorg nk jugak pegi malam. Konon alasan penat! Diorg kata xpe la biar Damia tinggal je sbb kakak ibu ayah ili kt rumah.

Pastu mlm tu, kitrg pegi majlis akad nikah kawan Edy. Mmg lewat sikit la balik dlm kul 11 cmtu. Tetiba si angah call Abg iparnya, tanya kat mana kot. Tp time tu pikir Damia dah ngantuk nak tido kot. 

Rupa-rupanya................

Omaiiiii aku dah 24! Seriously?...

Kesian die. Comel je tenung kek tu. mmg die tenung je kek tu sampai kek tu kena potong. 

Biasa laa klu dah ada anak. Mmg birthday girl pun x rasa pape sbb anak yg sibuk nk potong kek. 

I loiikkkke this pic. Sbb, fokus pd Damia. Korang akan faham. Bahahaha. 

Alhamdulillah. Ingat jugak birthday along korang ni ye. Kalau dulu, bila birthday mesti ibu buat kek sendiri untuk anak2. Tp ibu kata next week balik ibu buat kek untuk anak sulungnya yg comel ni. Kehkehkeh. Damia, kali ni kek tu bg mommy yg potong. :)


Pastu, smlm Edy ckp cuti umum Hari Malaysia balik yongpeng lg sbb nak pegi tabib cina kat situ urut tgn dan kaki yg eksiden hari tu. mmg tabib cina tu pandai kot sbb makngah, wawa dan angah yg pernah problem tulang beralih ke ape semua baik. Alhamdulillah. Pastu bg tau ibu nak balik hari cuti umum tu. ibu gtau adik2 aku, smua kata,"hek eleh! Klu tau beli kek tu minggu depan je!" 

Kehkehkeh!

Random photos.

$
0
0


Ini masa makan kt ayam penyet AP. Mommy tgh tulis menu, Damia sibuk makan pensel. Org kedai yg baik hati tu ternampak Damia makan pensel, cepat die bg aiskrim free semangkuk comel.  Berkali-kali ucap terima kasih. Bertambah la batuk si Damia ni dgn aiskrim. Pastu sibuk suap mommy makan. bile mommy suap die xnak plk mkn. Mommy ckp mcm ni je baru die nak makan, "Damia suap mommy, mommy makan. Mommy suap Damia, Damia pun kena la makan jgk"


Ni kerja org yg katenye demam tp bila sampai rumah, makan panadol tidur setengah jam terus sihat walafiat! Tu yg tetiba terajin kemas almari budak comel ni. mommy hantar gambar ni kt wechat Daddy. Boleh die kata " ingat tunjuk contoh almari ikea nak beli. rupa2nya almari Damia". Banyak rupanya baju anak dara aku ni bila dah digantung. Yg plastik 2 rak yg atas tu pun baju Damia jugak tp tu yg dah x muat, ada 1 beg lg yg belum muat sbb besar sgt. Yg tersusun kt luar tu semua yg Damia muat buat masa skrg.x lama lg kang yg cantik tersusun tu pun masuk beg jgk. 

4generasi. Ipad 1 berumur 3tahun, ipad mini berumur 6bulan, ip4 berumur 2 tahun 2 bulan iaitu sama anniversary kawin. Yg atas sekali xtau umur berapa.  tu Damia punye. Diperbuat drpd getah, tahan lasak, jatuh pun x rosak. Yg paling penting waterproooooffff maaaa! Bahahaha

Damia : why Daddy? Why?
Daddy : kenapa anak tatty (daddy) ni?
Damia : kenapa suka sgt amik gambar Damia ni? Nk jalan pun x sonang!
Daddy : sbb comel sgt!
Damia : Damia x suka la!
Daddy : Kalau xsuka kenapa pandang camera  senyum?
Damia : Senyum kan satu sedekah.
Daddy : ~__~


Mommy : Damia, mana coolfever kat dahi Damia??
Damia : ehhhhhh. (Pegang dahi) nananananananana (mulut bising sambil tarik tgn mommy)

Damia dengan berlagaknya tarik tangan mommy bawak kat bear tu sambil melambai.
Bertuah punye anak. Mommy pakaikan die, sibok bear tu jgk yg die risaukan. Pastu kejap2 main, kejap2 pegi kat bear tu pegang pipi dan dahi bear tu. alahai caring betul anak mommy ni. Jelessss-_-"

Fuyoo! Daddy menang pakaian tercantik ikot tema colourful katanye. Bangga je die cerita masa balik kerja. Tp paling best masa mommy tunjuk Damia gambar Daddy ni. Tergelak2 die. Lepas tu pegi bilik tengah amik belt dress mommy yg tersedia kt lantai, letak kat leher diee. Pastu tunjuk balik gambar Daddy gelak2. Sakit perut gelakkan Damia malam td. Comel jee. 

Tau x dah upload baru perasan muka Damia bukan main garang lg dlm gambar ni. Cba tgk caption tu. Mommy salah letak caption la Damia. Sepatutnya caption yg sesuai adalah,"awas! Jangan berani kacau mommy saya!" 

satu lg ada org tanya kenapa letak Hashtag #damiaezanee ? Ezanee tu nama sape plk? Aiyooo makcik jawabkan ye. Nama penuh Daddy Damia ialah Edinoor Ezanee bin Mohammad. Ada paham mana dtg nama Ezanee tu? Hehe. 

Balik kampung hari tu sempat melawat kawan masa sekolah menengah dulu. Baru lepas bersalin dapat boboy. Yg pertama gegirl umur sama dengan Damia. Tahniah amal. Kalau ikotkan, skrg ni mesti aku dlm pantang sesama dgn si amal ni. Kalau nak tau, kitorg punye due date anak pertama sama oaitu 7.4.2012 tp Damia terawal 4 hari . Anak amal, ainaa plk tepat2 masa due date. Anak kedua ni pun lebih kurang je due date tp xde rezeki. Comel kan? Eee gerammm!








Diary Damia 1

$
0
0




Jumaat lepas pegi Dataran Shah Alam sambut birthday kengkawan Daddy yg lahir bulan 9. Kite xpaham jugak sebenarnya. sebab diorg cakap sikit pastu gelak memanjang. Gelak besar plk tuu. Mommy Daddy kite pun sama join. Kite x boleh tgk org gelak besar, kite takut. so kite pun nangis. 


Tapi best sbb kat padang tu kite jumpa kawan baru. Tp hmmmmmm. Kwn kite tu senyap je. Xnak pun main dgn kite. Pdhal badan die lg besar dr kite. 


Habis makan2 kat Dataran, mommy Daddy kite dukung masuk kereta. Kite baring, ingat dah nak balik. Tapi, Pegi I City pulokkk. 



Pastu mommy daddy kite dating dua orang je kt red carpet situ. Takpe, kite bg chance diorg dating. Kite main dgn kawan2 Daddy. Kawan2 Daddy best sgt sbb bawak kite jenjalan. Kite pun lupa kita ni ada mommy daddy. Oppppss! Hehehe. Gurau jee.

Pastu bile kite jumpa balik mommy daddy, diorg boleh tunjuk gambar diorg dlm tu. Mmg diorg ni verangan habess. Tp nak buat mcm mana. Mommy daddy kite jugak kan. Tp kalau kite ada sekali time tu, mmg xkan ade la picture mommy daddy kite bebanyak mcm ni.





















Last but not least, kite tidur kul lebih kurang 2pg. hebakkk kan?



























Lost World of Tambun. Vacation la sangat.

$
0
0

Cerita 21sept tp baru update 8 okt. dah lama duduk dlm draft. Cume x publish. Tgh malassssssss mood melayang jauh. Teruskan la cerita sebenar. 


Ceritanya begini....

Biasa la sape2 pun klu xde bos, mmg tangan gatal je nk survey itu ini. Tengah berbual dgn sorg staf sini , dia kata pegi la Lost World of Tambun. Bunyi mcm wowwww! Tanya kak izan pun die kata ok je kat sana. Mcm best je. Lgpun mmg dah lama x holiday2 ni. Cehhh.

Survey2 kt agoda, dpt rate RM240 satu mlm sekali dgn breakfast, free entrance hot sring and spa dan diskaun ke theme park. Ok la tu. Tgk gambar mcm cantik tp mmg cantik pun. :)

Kitorg bertolak kul 11pg tp bukan terus ke sana ye. daddy sibuk nk repair gigi kt presint 8. Mommy dgn Damia ke Alamanda berdua je. Ingat sekejap je. Berjanggut aku tunggu x jugak siap. Last2 kul 1lbih siap, dekat kul 2 baru gerak ke sana. Dalam perjalanan, mommy dan Damia dah selamat mandi water park dlm mimpi. Zzzzzzzzz. 

Kitorg smpai dlm kul 5lbih. Check in terus kuar pusing2 tgk keadaan sekeliling. Nice sgt sbb sunyi.

Hi semua, jemput makan!

Yg tergantung hijau tu tmpat letak pampers brand drypers tp dlmnye huggies ^_^¥

Buai mmg wajib bwk. Penuh seat belakang dgn buaian je.

Lepas maghrib, kitorg cari mkn luar. Konon nak melawat tapak. First time kot sampai Ipoh Perak, haruslah jakunnnnn! Miehehehe.

Kami suka putih!

Makan jela kt pizza sbb senang dh tau nk bg Damia mkn ape. Faveret Damia mushroon soup. Kih3

Kul 10 mcm tu balik hotel, sebelum tu ingat nk tgk hot sppring tu dah alang2 dpt tiket free. Lgpun tutup kul 11mlm. Tetapi, "maaf encik, nak masuk kena pakai swimming suit." Dengan muka hampa kitorg pun balik bilik terus sbb klu kata nk tukar baju pun, mmg xkan sempat.

Esok pg lepas breakfast, pegi amik adik ipar, epa kt politeknik ungku omar. 15min dah sampai.

Lepas tu beli tiket, baru masuk theme park.

Damia : mommy, rasa geli2 la sbb x pakai pampers.
Mommy : kihkihkih ;D






Lepas mandi2, Damia mengamuk sbb lidah terkena minyak yuyi, terus tertido.


Nampak x sunburn kitorg. Dah berbelang cmni baru terpikir sunblock. Ampun nak! Ampun!



Roller coaster (dah mula malas nk tulis caption)


Petting zoo.


Naik train pusing2


Sblm balik mkn tau fu fa. Mcm kt putrajaya xde je kan. 


Kul 11mlm sampai rumah.

Bye! 

-.-
















Mungkinkah?

$
0
0

Nenek suka amik gambar bersama makcik ni.  Makcik ni cool dan gojes sgt. I loikkeeee!

Mungkin......

Mungkinkah?

Mungkin dah biasa nenek selalu tunjuk front camera kt die.

Mungkin makcik ni kesian tgk nenek bersungguh2 nk bergambar dgn die. Konon retisss.

Mungkin nenek dan makcik ni sama2 feeling cute sgt kononnye.

Mungkin juga makcik ni sebenarnya mmg over klu nmpk camera. Sbb kadang2 gambar nenek tenggelam makcik punye kerja.

Ye mungkin.






Random photos. Miahahaha.

$
0
0


Damia dah 1tahun 6bulan bersamaan 18bulan 19hari. Sekejap je dah nk jd anak dara. Auwww! 

Hahaha. Padan muka Damia kena kurung. Haaa itulah! Mommy suruh mop lantai x nak. Ni makannyeee! Miahahaha #mommy gila

Sejuk perut mommy tgk anak yg dicintai buka buku. Mmg buka buku. Baru 2-3minute nak sejuk perut tetiba hati panas sbb buku tu dibaling ke bawah. Miahahaha.

Ni satu lg. ikot je mommy memvacum satu rumah. Sampai ke dapur pun die ikot. Bila mommy dah siap, die plk sibuk nk memvacum. Miahahaha 

Memula main mak-mak, pastu sepah2 barang. Last sekali, buat kuih. Buat kuih ye kengkawan. Harummmmmm je bau satu rumah.  Cuba tgk. Anak reti je nk buat kuih sendiri, maknye x reti2 nk buat kuih sendiri. Harapkan pil lawas jelaaaaa >.< miahahaha

Ya Allah! Kau lindungilah anakku daripada kesusahan dan perkara2 yang buruk. Amin.

Pantang nampak org baring, mmg gitu la die lanyak org. Suka bergusti2 dengan mommy daddy. Tgk la masa die dlm perut, mommy daddy die mmg suka bergusti. Ini kira pembelajaran dari dalam perut la ni. Miahahaha

Ni la peberet mainan die. Kalau dah bosan, die simpan balik kat atas meja. Good girl!miahahaha

Motif? Errr. Sebenarnya gini. Setiap kali kitorg sampai rumah, die mesti melambai dlm bilik ni walaupun xde org? Aiyokkkk!! Mmg setiap kali masuk rumah die melambai sbb ini bilik mmg betul2 dekat dengan pintu masuk. Misteri ni!

Satu hari tu, mcm biasa masuk rumah die melambai kt bilik ni tapi kali ni terus masuk bilik ni. Rupa2nya siap melambai teddy bear ni depan2 pastu bla terus g tempat mainan die. Hai anak....... Mmg perangai si Damia suka melambai teddy bear kat mana2 je termasuk shopping mall dan walaupun gambar tu hanya pd baju yg die pakai. Miahaha.









Damia demam tapi.........

$
0
0

Damia demam panas. Semalam amik die kat rumah pengasuh, kata demam. Siap pakej batu berkahak, selsema. Alaaa sian... Lap badan die dengan air sejuk, nk bg hilang panas. Lepas makan, bg makan ubat. Lepas makan ubat............

Jengjengjeng!




Koolfever tetiba dah xde kat dahi die. Bila mommy tanya, "Damia, mana koolfever awak?" sambil mommy buat isyarat kat dahi. Damia jawab, "nehhh! Uuuu! *tunjuk kat kepala teddy bear die" "ehhh! Shhhhhh! *buat isyarat suruh mommy senyap" 
  
Nampak x koolfever kt teddy bear biru tu? 

Sabar separuh daripada iman, mommy!


Tengok la. Adoyaiii anak! Baldi tu jd topi plk!

Tapi x lama lepas tu, Damia lembik semula dan tertido atas lantai tanpa buai! Wowww! Miahahaha. Mmg awal semalam die tido. Pg td pun badan masih panas lg tapi, mommy gagahkan diri ke ofis juga. Cepat2 sihat syg. 

ketagihan hisap puting.

$
0
0




Damia ratu puting. kat mane2 pun nk puting kecuali time main. mommy dah siap2 sorok puting. itu pun kalau ingat. hehe. tgk la gigi pun dah mcm spongebob. spongebob punye gigi kotak, Damia pulak bulat mcm langsir. bahahaha. *kutuk anak sendiri. malam nnti mesti mommy kena halau tidur ruang tamu. -_-


kan? perhatikan gigi Damia. bulat2 mcm langsir. xpe ttp comel di hati mommy. miahahaha! *ok malam nanti mesti dpt tidur dlm bilik sbb puji die comel.

siap google petua anak berhenti hisap puting.

********************************************************************************

PETUA (A)

"ari ini, saya akan berkongsi pengalaman mengenai cara supaya anak kecil berhenti menghisap puting plastik atau sesetengah orang panggil soother. Jika anak tidak berhenti menghisap puting plastik ini, kemungkinan susunan gigi tidak cantik.

cara yang saya gunakan adalah potong puting plastik tu sehingga tinggal separuh. Ini akan menyebabkan anak kita berasa tidak selesa apabila menggunakannya. Tetapi kita kena pandai melayan karenahnya selama lebih kurang semingu" - HEXAGOLD.

PETUA (B)

"berikan mainan baru supaya dia leka dengan mainan, dan terlupa dengan puting dia" - PETUANENEK.COM

"berikan ganjaran kiranya anak anda berhenti menghisap puting" - PETUANENEK.COM

PETUA (C)

"sapukan benda masam/pahit/masin pada puting tersebut. Contoh; garam, asam jawa etc. sapu setiap kali anak anda nak hisap puting. Insyallah lama-kelamaan dia akan berhenti hisap"

sumber : di sini

**********************************************************************************************************************************

kite cuba, try dan test semua petua ni. kalau x menjadi .... eh! mudah-mudahan. 

kisah semalam dan kemalasan.

$
0
0
sejak akhir2 ni, rasa mood malas makin kerap melanda. serius x tipu. tp benda yg jarang makcik nk malas2 adalah kemas rumah. MAKCIK SUKA KEMAS RUMAH. *excited ko! kadang2 sampai mata perhatikan rumah kot-kot ada yg boleh dialihkan sbb bosan tgk kedudukan perabot sama je. last2 mcm tu jugak. sama je. setakat tukar meja dari kiri ke kanan, tukar kedudukan playground Damia. bab mengemas, menyusun mmg aku suka. SANGAT! tapi bila part kerja dapur........ LALALALALA! No comment. yg lain, tetap MALAS!

lari tajuk.


semalam makcik ni buat blocks sampai tinggi macam ni. mak bapak sibuk bergosip sambil beri sokongan tepuk tangan, "Damia pandai!". x sedar dah tinggi mcm ni. kekekeke! elok lepas mommy amik gambar, berkecai blocks tu dia baling. fuhhhh! nasib baik sempat amik gambar. 


ni semalam baru sampai rumah jam 5 lebih macam tu. mommy nak amik gambar syok sendiri pun x dpt. terjerit2 cari gambar dia dalam tu. sbb tu badan dia dlm gambar ni bukan main posing sbb time tu tgh cari gambar dia la tu. 

Macam-macam! ^^


Sajak : Demi anak.

$
0
0



Inilah tugas sebenar seorang ibu. 

Demi anak, 
ku sanggup lenguhkan tangan memegang kepala payung. 

Demi anak,
Ku sanggup mengikut kemana sahaja dia pergi.

Demi anak,
Ku sanggup berjalan perlahan macam siput.

Demi anak,
Ku gagahkan jua segala-galanya hanya utk kegembiraan dia.

Demi anak,
Ku sanggup berpanas berhujan walaupun cuaca hanya sekadar mendung.

Demi anak.

*boleh kena pelempang dengan penyajak2 professional ni. *lariiiii

Putrajaya ke Yong Peng ke Putrajaya ke Gold Coast Morib .

$
0
0

Cuti Awal Muharram balik Yong Peng. 





hari ahad balik putrajaya. tu Damia kepenatan. 




Cuti Deepavali pegi Gold Coast Morib tidur semalam.


bilik

bilik memuaskan. besar. paling best ada jacuzzi sbb kitorg kurang mandi kat theme park situ. mandi dlm 2 jam camtu pastu memasing kaki dah menggelitik nak balik bilik sbb ramai sgt serta errr geli. eh? hehe .



view

vieww dr bilik mmg cantik sperti dalam gambar. tapi aku ni gayat bebeno.anak aku dekat sikit dengan pagar tu pun aku dah jerit.  masa Damia tgk view bawah tu maknye bersusah payah pegang tangan anaknya dengan kuat sampai Damia menjerit x selesa. kesudahannya, pintu sliding tu sentiasa ditutup rapi dan dikunci. masalah selesai!

makanan

makanan di sana sungguh menghampakan. masa dinner, makanan mmg x byk pilihan dan kurengggg. kitorg makan jela ape yg ada tp mlm tu jgk cari makann kat luar sbb x puas makan time dinner. sblm tidur, aku ckp kat Edy, "hari tu review byk blog semua kata dinner mmg hampeh tp breakfast byk pilihan dan sedap.  mintak2 betul la diorg kata".
kitorg turun breakfast kul 8 lbih tanpa mandi. turun bawah, breakfast dah habis. whatttt?! katanya breakfast sampai kul 10 tapi..... mendidih darah aku. dahlah tgh kelaparan. makanya, keluar la kitorg cari breakfast kat luar. again. hampehhh.
tp ttp pikir positif, mungin kitorg dtg time peak season. tu pasal cepat habis... kottt...


checkout

lepas breakfast, get ready terus nak check out. lif dah la ada dua je. pastu dlm lif tu mmg ruang sempit. mungkin muat dengan 20 orang tanpa barang. percaya x kitorg tunggu nak turun lif selama 1 jam? yg geramnya, mula2 elok je memasing beratur. kalau ikutkan kitorg orang kedua yg beratur. tgk belakang pun xde org lg yg beratur. dlm 15 minit kemudian,  kat belakang ada la dlm 5 - 6 keluarga tgh beratur jgk nak turun. elok beratur, tetiba aku tgk yg paling belakang sekali boleh ada kat depan kitorg. dan diikuti yg lain. maksudnya elok2 kiotrg yg beratur kedua dr depan tetiba jd kedua yg last. gila gelojoh makcik2 sekalian. yg geramnya memasing tu melayu.  lepas 40 minit, dpt je lif, yg makcik2 sekalian tu panggil la kaum kerabatnya masuk. so, maksudnya kitorg yang dah tunggu 40 minit ni, kena tunggu lg sbb makcik2 yg gelojoh belaka tu cpt2 masuk tnpa pikir eprasaan org lain. mksudnya, kiranya diorg cuma tunggu dlm 20 minit mcm tu  jela tp kitorg ni berdiri hampir 1 jam baru dpt lif turun. mcm toootttt makcik2 ni. yg peliknya, kaum kerabat diorg pun sonyappppp je. ikut je bontot org, eiii geram betul. siap tolak2 tepis2 stroller si Damia ni semata2 nk masuk lif tu. 

bila dapat lif lain plk citer. ada satu family yg tunggu sesama kitorg ni masuk dlm lif tu dulu. yg sorg bapak tu, boleh x kau tlg tekan button bukak kt lif tu tahan lif utk kitorg sekali. diorg satu family cepat2 masuk terus ke belakang lif. aku terkial2 nak tolak stroller dlm lif, tetiba lif tu tertutup separuh sbb stroller damia ada kt tgh antara dlm dan luar lif. Damia muka pun dh takut time tu. tau x yg memasing dlm lif tu tgk je tanpa buat pape. aku siap ckp, "bang blh mintak tlg tekan button bukak x?" tp ttp x buat pape dengan muka blur. last2 nasib baik aku blh masuk sbb aku tendang pintu lif tu bg bukak dan kitorg masuk dengan selamatnya. x habis lg. masa dh smpai ground floor, pintu lif terbuka. so, kitorg keluar dulu sbb kitorg yg kat depan. tp aku tgk si Edy dh tekan button naik atas kt luar tu. mestila sempat nk kuar.so, aku pun jln keluar dlm lif. tetiba pintu tertutup. maksudnya, family td still dlm lif lg. aku dgn gelabah, ckp eh mcm mana ni? alamak! tp diorg ttp senyap kt blkg lif tu nk hrpkan kitorg yg bukak.  tp lif tu dah selamat ke atas semula. aku pndang Edy, Edy pndang aku. nk buat mcm mana kan. kitog terus jela nk ke lobi. elok masa aku tunggu Edy nk pulang kunci, nmpk family tu keluar dr lif. hamekkk! dengan jelingan mata yang tajam memasing bg kat aku. mak aiii, bukan main lg memasing menjeling aku. dah macam budak baru darjah 1 menjeling. kelakar siot. org mcm ni pun ada lg zaman skrg ni. mslhnya, salah siapa?
kahkahkah!

gitu la manusia kalau xde tolak ansur, timbang rasa dan pentingkan diri. memalukan kaum Melayu sendiri. cehhh!


bellboy pun xde. bile tanya receiptionist ada bellboy ke x, tau die jwb ape? "ntah, xtau pegi mana."


ini adalah percutian yang paling banyak makan hati ye. Tk. 



Tahniah Kak Izan dan suami.

$
0
0



Selamat lahir ke dunia Adam Malik.
Tahniah Kak Izan dan suami.
semoga menjadi anak yg soleh. 
seronok la nenek2 dan makcik pakcik Adam Malik sbb cucu pertama kannn.
comel angattt! 
geram!

makanya, Kakak Damia dah dapat adik baru. Adam Malik nanti satu kelas la dengan Adelea ye. jgn main kapel2 tau. Jgn risau kena buli sbb Kakak Damia ada menjaga kamu berdua *kononnye la. wakakaka!

bile tgk baby ni, rasa rindu plk nk cium gomol2 baby sbb time tu die x tolak pun. skrg, cium sikit je dah kena gigit balik. cetttt!

Viewing all 204 articles
Browse latest View live